Penyakit Tiram Tiram

Tiram terdedah kepada beberapa penyakit yang mampu merosotkan penuaian tiram dan sering kali mengurangkan populasi tempatan. Langkah kawalan tertumpu pada mengekang jangkitan dan membiak tiram yang kebal penyakit dan memberi tumpuan kepada bidang penyelidikan.

Dermo

"Dermo" (Perkinsus marinus) disebabkan parasit protozoa. Ia merupakan pathogen meluas bagi tiram, mengakibatkan kematian besar-besaran pada populasi tiram dan merupakan ancaman ekonomi penting bagi industri tiram. Penyakit ini bukanlah ancaman langsung kepada manusia yang memakan tiram yang dijangkiti.[10]

Dermo mula muncul di Teluk Mexico pada 1950-an, dan sehingga 1978 dipercayai disebabkan oleh fungi. Sungguhpun ia serius di perairan selatan yang lebih panas, ia beransur merebak ke atas persisiran Timur Amerika Syarikat.[11]

MSX

MSX (Multinucleated Sphere X) disebabkan oleh protozoa Haplosporidium nelsoni, biasanya dilihat sebagai plasmodium banyak nukleai (multi-nucleated). Ia berjangkit dan menyebabkan banyak kematian dikalangan Tiram Timur; yang terselamat bagaimanapun dilihat mempunyai daya tahan dan boleh digunakan bagi membiak populasi yang tahan. Ia dikaitkan dengan aras masin tinggi dan suhu air.[12]

MSX mula disedari di Teluk Delaware pada 1957 dan kini terdapat disekeluruhan persisiran pantai Timur Amerika Syarikat. Bukti menunjukkan bahawa ia dibawa ke Amerika Syarikat apabila variati tiram Jepun Crassostrea gigas, diperkenalkan di Teluk Delaware.[13]